semua manusia tak sempurna

perempuan? apa bezanya dengan lelaki? hanya fizikal, bagi aku. kita semua, tanpa mengira perbezaan gender, harus dan perlu dapat peluang yang sama untuk hidup dengan baik. aku tak percaya bahawa semua lelaki lebih baik, dari semua perempuan dan juga sebaliknya.

aku percaya kepada satu bangsa, kepercayaan dan satu jantina manusia, kemanusiaan, dan manusi. itu yang aku percaya, dan oleh itu, aku ta percaya kalau orang katakan bahawa oleh kerana aku perempuan, aku perlu punya perasaan seperti ini atau itu, dan aku perlu ikut itu dan ini, untuk memastikan yang keperempuanan aku sempurna.

my ass!

aku lebih rela menjadi diri aku yang tak sempurna dan penuh dengan kesongsangngan ni, dan menjadi diri aku sendiri yang sedar dan tahu apa yang aku lakukan daripada aku perlu menjadi seseorang yang bukan aku, dan hidup dengan rasa cinta yang tak jujur, dan mati dalam keadaan yang lebih menyayat hati.