isap rokok lagi best.

tak tahu kenapa, tapi aku rasa sekarang aku makin malas. malas aku boleh buat semua kecewa! serius, julai dah nak habis dan lagi berapa bulan SPM muncul. aku masih lagi tak ambil kisah. macam takde apa-apa akan berlaku. SPM bagi aku macam amik ujian lesen, bila tak lulus repeat la lima enam kali, dah give up, stop! tak payah ambil. bila fikir balik, macam menyusahkan pon ada. kenapa tak SPM je dimansuhkan?

aku dah give up nak belajar, bukan sebab apa cuma malas. malas macam dah kawal diri aku. apa yang berkaitan sekolah, aku tak ambil kisah. sikit pon tak kesah. jangan mintak aku belajar, sepuluh kali kau suruh, belom tentu sekali aku nak ikut. aku akan belajar bila aku nak. tapi aku rasa, habis SPM pon belom tentu aku nak belajar. aku tak tahu apa aku nak sebenarnya dalam dunia ni.

kebebasan? aku rasa aku dah cukup bebas. takde apa yang boleh menyebabkan aku rasa terkongkong. mana aku nak pergi, takde halangan dari abah ibu. tapi apasal aku macam tak boleh nak banggakan dorang lagi? sebab ni, aku rasa macam dah putus asa. aku rasa belajar macam mana pon, kalau tak dapat apa yang dorang nak, baik tak payah. itu yang aku fikir. along arep semu dah mula belajar, aqil pon malas-malas dia ada gak perubahan. tapi aku? tetap sama.

tak tahu la. banyak dah yang bising. dari ibu, kawan semua dah bising. sampai cikgu pon dah tak dapat buat apa. aku tetap macam ni. kau pokpek apa pun depan aku, tetap aku balas dengan muka sengal. aku malas nak melawan nanti aku melenting, kau juga yang sakit hati. sebab itu, aku mintak kau bagi aku sedikit ruang untuk aku perbetulkan salah aku. aku harap aku belom terlambat. harap.