leka sampai lupa

semenjak kecil lagi, kebanyakkan kita telah dibasuh otak kita mengenai banyak hal. kita telah diajar untuk menjadi seperti apa yang generasi sebelum kita, dengan pantang larang, dengan jenis morality yang membosankan. bukannya kita diajar mengenai hidup, yang mana kita sendiri akan mencari apa yang baik untuk kita.

aku masih lagi beragaman, dan aku percaya kepada tuhan aku. tapi, aku terlupa akan tanggungjawab aku sebagai manusia beragama. niat dah ada, cuma buatnya tak tahu bila. bukan tak buat, cuma kadang-kadang insafnya sekejap je. mohon agar pintu hati aku terbuka. aku rindu tuhan aku.

tanpa tajuk

bosan. memang bosan tinggal di sini. tapi, aku sendiri tak tahu bagaimana keadaannya kalau aku hidup di luar sana. di satu tempat yang tak pernah aku jejakkan kaki aku lagi. tpi, aku tetap memasang impian dan harapan yang satu hari nanti, aku akan melambaikan tangan aku, dan mengucapkan selamat tinggal kepada tempat ni.

aku mahukan perubahan dan aku mahukan ketenangan. aku mahu jadi diri aku, yang aku sukakan. aku tak nak jadi seorang badut yang menyedihkan dan aku tak mahu rasa seolah terpenjara di dalam kehidupan aku sendiri. jadi, aku memasang impian untuk pergi jauh meninggalkan apa yang dah aku lihat selamat beberapa tahun aku di dalam hidup ni.