Aku,

Senyum ada dua maksud,


Senyum untuk hati gembira

Dan

Senyum untuk tutup luka di hati

Julai Lapan Belas

Aku tengah amik mood nak setelkan banyak benda.  Aku nak setelkan cepat majlis tunang adik aku. Ahad pulak majlis kahwin kakak aku. Cepat setel.
Cepat sikit aku lega. 


Jangan tanya turn aku bila pulak. 

Jangan tanya majlis aku bila jugak. 

Sebab aku tahu, mungkin majlis aku takde. 
Bukan takde, mungkin belom masa.


Lepas setel semua, boleh la aku diam diam bawak diri. 

Aku bukan sedih pon, cuma ubati hati.

Jangan risau hal aku. 

Tak semua orang boleh rasa apa yang aku rasa. Memang broken habis, tapi hati aku.

Kalau bukan aku yang kutip sendiri, 
Kalau bukan aku yang jaga sendiri,
siapa lagi?


Aku pelaku takdir, bukan pembuat takdir. 

Jadi, apa yang tertakdir untuk aku, aku ikut. 

Mana yang aku boleh ubah, aku ubah. 
Sebab takdir boleh di ubah kan?

Dengan doa.