pepatung putih

dia cuma seekor helikopter kecil. kerana helikopter kecil tak pernah terbang pada setiap bunga. dia cuma lalu dan memandang pada sang bunga. namun, pada suatu hari dia terpikat pada bunga itu. bunga itu berduri, dia tak peduli. dia hanya tahu dia cuma suka pada bunga itu saja. dia akan jaga bunga itu. dia akan terus merindui bunga itu. dia akan percaya sampai bila-bila kerana seandainya dia jatuh nanti, dia hanya akan jatuh pada bunga itu saja. dan bunga itu adalah blog, helikopter kecil itu adalah aku, aku adalah seekor pepatung putih. hyee salam perkenalan :)

leka sampai lupa

semenjak kecil lagi, kebanyakkan kita telah dibasuh otak kita mengenai banyak hal. kita telah diajar untuk menjadi seperti apa yang generasi sebelum kita, dengan pantang larang, dengan jenis morality yang membosankan. bukannya kita diajar mengenai hidup, yang mana kita sendiri akan mencari apa yang baik untuk kita.

aku masih lagi beragaman, dan aku percaya kepada tuhan aku. tapi, aku terlupa akan tanggungjawab aku sebagai manusia beragama. niat dah ada, cuma buatnya tak tahu bila. bukan tak buat, cuma kadang-kadang insafnya sekejap je. mohon agar pintu hati aku terbuka. aku rindu tuhan aku.

tanpa tajuk

bosan. memang bosan tinggal di sini. tapi, aku sendiri tak tahu bagaimana keadaannya kalau aku hidup di luar sana. di satu tempat yang tak pernah aku jejakkan kaki aku lagi. tpi, aku tetap memasang impian dan harapan yang satu hari nanti, aku akan melambaikan tangan aku, dan mengucapkan selamat tinggal kepada tempat ni.

aku mahukan perubahan dan aku mahukan ketenangan. aku mahu jadi diri aku, yang aku sukakan. aku tak nak jadi seorang badut yang menyedihkan dan aku tak mahu rasa seolah terpenjara di dalam kehidupan aku sendiri. jadi, aku memasang impian untuk pergi jauh meninggalkan apa yang dah aku lihat selamat beberapa tahun aku di dalam hidup ni.

semua manusia tak sempurna

perempuan? apa bezanya dengan lelaki? hanya fizikal, bagi aku. kita semua, tanpa mengira perbezaan gender, harus dan perlu dapat peluang yang sama untuk hidup dengan baik. aku tak percaya bahawa semua lelaki lebih baik, dari semua perempuan dan juga sebaliknya.

aku percaya kepada satu bangsa, kepercayaan dan satu jantina manusia, kemanusiaan, dan manusi. itu yang aku percaya, dan oleh itu, aku ta percaya kalau orang katakan bahawa oleh kerana aku perempuan, aku perlu punya perasaan seperti ini atau itu, dan aku perlu ikut itu dan ini, untuk memastikan yang keperempuanan aku sempurna.

my ass!

aku lebih rela menjadi diri aku yang tak sempurna dan penuh dengan kesongsangngan ni, dan menjadi diri aku sendiri yang sedar dan tahu apa yang aku lakukan daripada aku perlu menjadi seseorang yang bukan aku, dan hidup dengan rasa cinta yang tak jujur, dan mati dalam keadaan yang lebih menyayat hati.

chinta

kadang kadang, rasa macam takde apa-apa langsung. kosong. macam bangun pagi, pergi sekolah, balik, tidur, bangun, esok pagi ulang benda sama hari-hari. bosan.

cuba menyebokkan diri pon, rasa mcam takde apa-apa gak. kosong. macam hidup dalam kotak kosong sorang-sorang. makan minum mandi cakap, sorang-sorang. aku dengan aku. bosan.

pergi sekolah ingat ada apa-apa yang boleh hilangkan kekosongan ni, tapi takde gak. tetap kosong. cuma yang ada arahan, bising, dan caki maki. semua ni langsung tak masuk dengan aku.

kalau boleh, aku nak cipta sayap, aku nak terbang jauh-jauh. aku dah bosan rasa kosong. aku tak tahu apa masalah aku, cuma aku rasa tak guna rumah besar kalau dalamnya KOSONG.

p/s masing-masing dah busy, aku rindu.

isap rokok lagi best.

tak tahu kenapa, tapi aku rasa sekarang aku makin malas. malas aku boleh buat semua kecewa! serius, julai dah nak habis dan lagi berapa bulan SPM muncul. aku masih lagi tak ambil kisah. macam takde apa-apa akan berlaku. SPM bagi aku macam amik ujian lesen, bila tak lulus repeat la lima enam kali, dah give up, stop! tak payah ambil. bila fikir balik, macam menyusahkan pon ada. kenapa tak SPM je dimansuhkan?

aku dah give up nak belajar, bukan sebab apa cuma malas. malas macam dah kawal diri aku. apa yang berkaitan sekolah, aku tak ambil kisah. sikit pon tak kesah. jangan mintak aku belajar, sepuluh kali kau suruh, belom tentu sekali aku nak ikut. aku akan belajar bila aku nak. tapi aku rasa, habis SPM pon belom tentu aku nak belajar. aku tak tahu apa aku nak sebenarnya dalam dunia ni.

kebebasan? aku rasa aku dah cukup bebas. takde apa yang boleh menyebabkan aku rasa terkongkong. mana aku nak pergi, takde halangan dari abah ibu. tapi apasal aku macam tak boleh nak banggakan dorang lagi? sebab ni, aku rasa macam dah putus asa. aku rasa belajar macam mana pon, kalau tak dapat apa yang dorang nak, baik tak payah. itu yang aku fikir. along arep semu dah mula belajar, aqil pon malas-malas dia ada gak perubahan. tapi aku? tetap sama.

tak tahu la. banyak dah yang bising. dari ibu, kawan semua dah bising. sampai cikgu pon dah tak dapat buat apa. aku tetap macam ni. kau pokpek apa pun depan aku, tetap aku balas dengan muka sengal. aku malas nak melawan nanti aku melenting, kau juga yang sakit hati. sebab itu, aku mintak kau bagi aku sedikit ruang untuk aku perbetulkan salah aku. aku harap aku belom terlambat. harap.