Kadang kadang. Aku rasa. Saat paling menakutkan bila aku menangis dan persoalkan diri, 'kenapa aku masih hidup lagi'. Kadang kadang, aku rasa memang tak nak hidup. Aku nak hilang dan ditiup angin. Aku tak nak sesiapa tahu aku pernah wujud. Aku cuma nak hilang.
Entah.
Mulut senang lah cakap "sabar" .
Kalau hati ni boleh dipindahkan dah lama aku bagi dekat kau.
Kau tanggung apa aku rasa ni.
Jadi aku.
Pandang aku.
Patut aku bunuh diri?
Apa yang aku cuba buat?
Semua kat dunia ni macam takde makna
Aku penat buat yang terbaik untuk hidup
Kalau aku terjun bangunan, aku boleh rehat dengan aman?
Aku macam betul betul nak terjun dari tiap bangunan.
Julai Lapan Belas
Aku tengah amik mood nak setelkan banyak benda. Aku nak setelkan cepat majlis tunang adik aku. Ahad pulak majlis kahwin kakak aku. Cepat setel.
Cepat sikit aku lega.
Jangan tanya turn aku bila pulak.
Jangan tanya majlis aku bila jugak.
Sebab aku tahu, mungkin majlis aku takde.
Bukan takde, mungkin belom masa.
Lepas setel semua, boleh la aku diam diam bawak diri.
Aku bukan sedih pon, cuma ubati hati.
Jangan risau hal aku.
Tak semua orang boleh rasa apa yang aku rasa. Memang broken habis, tapi hati aku.
Kalau bukan aku yang kutip sendiri,
Kalau bukan aku yang jaga sendiri,
siapa lagi?
Aku pelaku takdir, bukan pembuat takdir.
Jadi, apa yang tertakdir untuk aku, aku ikut.
Mana yang aku boleh ubah, aku ubah.
Sebab takdir boleh di ubah kan?
Dengan doa.
Gadoh 2009

Gelap. Apa yang aku lihat, hanyalah kegelapan. Mata ini untuk melihat. Tapi apa yang hendak dilihat jika semuanya gelap? Ini cerita aku. Cerita kami. Cerita kita yang hidup dalam kegelapan. Berikan kita cahaya, agar kita dapat melihat semula.
Kita tak buta. Kita hanya hidup tanpa cahaya, cahaya yang membolehkan kita melihat. Lihatlah sekarang, bukalah mata.
Aku dan kamu, apa bezanya? Warna kulitkah? Bahasa pertuturankah? Budaya? Keturunan? Apa? Itukah alasan untuk kita bermusuhan?
Jika ya, aku rela dibutakan mata dari hidup dalam kegelapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
