selamat datang


lagi berapa hari 2009 akan pergi dan 2010 akan datang . pejam celik masa berlalu . hampir genap sudah setahun . macam cepat sangat pula . gua rasa tahun 2009 ni , tahun paling kejam .

tahun gua rasa macam nak bunuh diri . tahun gua banyak buat masalah . tahun gua berkrisis dengan keluarga gua . benci , 2009 tahun celaka . azam tahun 2009 gua tak capai lagi ! gua tak ingin nak capai azam tu lagi , sebab gua takut kalau azam tahun 2009 jadi badi tahun 2010 . gua tak nak ! gua dah penat dengan tahun 2009 . gua rasa macam haram , gua buat semua salah .

tahun 2010 , gua dah tak nak buat salah . mungkin , gua pun tak tahu . gua memang tiap tahun buat taik . tapi tahun 2010 gua tak nak buat taik macam tahun 2009 . menyusahkan ! gua dah tak nak dihina , dicaci , dipulai , diabai . gua nak yang baik-baik je . gua dah jadi senior ! gua kene bagi contoh yang baik , walaupon gua jahat . gua nak tahun 2010 datang dgn cepat , pergi dengan cepat .

tahun 2010 paling gua tunggu-tunggu , tahun akhir gua bersekolah . gua benci sekolah . sekolah macam haram , gua rasa macam duduk dalam kandang . lepas ni gua tak perlu dengar ibu gua berleter pagi-pagi sebab gua bangun lambat . gua tak perlu bagun pagi-pagi , gua penat . penat nak bangun pagi , sebab gua baru nak tidur dah kena pergi sekolah . gua nak bebas dari semua ni . cepat datang 2010 dan cepat pergi 2010 !

tahun 2010 juga gua nak belajar , gua dah SPM . dari form 1 sampai form 4 gua haram tak belajar . pergi sekolah macam pergi cari musuh . gua dah tak nak buat macam tu , gua nak belajar , gua nak masuk lim kok wing , tak pun uitm shah alam ! tapi bapak gua tak kasi , gua tak kesah . asalkan gua dapat masuk mana-mana tempat yang ada fashion design . harap-harap SPM tahun ni tak buat palat dengan gua .

tahun 2009 dah nak pergi , gua nak buang semua pahit-pahit kenangan tahun 2009 . gua nak amik manis-manis kenangan tahun 2009 bawa ke tahun 2010 . tahun 2010 gua tak nak sedih-sedih , gua nak gembira je . sebab tahun 2010 gua last pergi sekolah ! weyh 2010 , lu jangan buat taik dengan gua lak . gua merayu , bagi gua gembira setahun saja .

dunia sementara , mengejar masa itu pasti . selamat datang 2010 selamat pergi 2009 .
selamat tahun baru buat lu orang semua .

indah malam

malam ini indah
aku ditemani bulan dan bintang
bulan dan bintang menjadi kawan
menyerikan malam yang sunyi

aku menikmati keindahan malam
terasa tenang
terasa nyaman
leka dengan keindahan malam

nyalakan winston light sebatang
aku hembus asapnya
sebatang ke sebatang aku bakar
aku hayal menikmati keindahan bertemankan asap

malam ini sungguh indah
aku terbang jauh , termenung
meninkmati keindahan sehingga hayal
sedar-sedar azan subuh berkumandang

berbeza

kau berbeza
kadang-kadang kau rasa terpinggir
tapi kau tidak keseorangan
tidak pernah keseorangan

kau sentiasa berdua
berteman
diteman
meneman

kau terasa terpinggir
kau terasa keseorangan
semua hanya perasaan kau
mungkin sebab kau berbeza

kau tak perlu risau
risau terpinggir
risau keseorangan
tak perlu merasa atau terasa

kerana kau tidak akan terpinggir
tidak akan keseorangan
malah sentiasa berteman
diteman dan meneman