chinta

kadang kadang, rasa macam takde apa-apa langsung. kosong. macam bangun pagi, pergi sekolah, balik, tidur, bangun, esok pagi ulang benda sama hari-hari. bosan.

cuba menyebokkan diri pon, rasa mcam takde apa-apa gak. kosong. macam hidup dalam kotak kosong sorang-sorang. makan minum mandi cakap, sorang-sorang. aku dengan aku. bosan.

pergi sekolah ingat ada apa-apa yang boleh hilangkan kekosongan ni, tapi takde gak. tetap kosong. cuma yang ada arahan, bising, dan caki maki. semua ni langsung tak masuk dengan aku.

kalau boleh, aku nak cipta sayap, aku nak terbang jauh-jauh. aku dah bosan rasa kosong. aku tak tahu apa masalah aku, cuma aku rasa tak guna rumah besar kalau dalamnya KOSONG.

p/s masing-masing dah busy, aku rindu.

isap rokok lagi best.

tak tahu kenapa, tapi aku rasa sekarang aku makin malas. malas aku boleh buat semua kecewa! serius, julai dah nak habis dan lagi berapa bulan SPM muncul. aku masih lagi tak ambil kisah. macam takde apa-apa akan berlaku. SPM bagi aku macam amik ujian lesen, bila tak lulus repeat la lima enam kali, dah give up, stop! tak payah ambil. bila fikir balik, macam menyusahkan pon ada. kenapa tak SPM je dimansuhkan?

aku dah give up nak belajar, bukan sebab apa cuma malas. malas macam dah kawal diri aku. apa yang berkaitan sekolah, aku tak ambil kisah. sikit pon tak kesah. jangan mintak aku belajar, sepuluh kali kau suruh, belom tentu sekali aku nak ikut. aku akan belajar bila aku nak. tapi aku rasa, habis SPM pon belom tentu aku nak belajar. aku tak tahu apa aku nak sebenarnya dalam dunia ni.

kebebasan? aku rasa aku dah cukup bebas. takde apa yang boleh menyebabkan aku rasa terkongkong. mana aku nak pergi, takde halangan dari abah ibu. tapi apasal aku macam tak boleh nak banggakan dorang lagi? sebab ni, aku rasa macam dah putus asa. aku rasa belajar macam mana pon, kalau tak dapat apa yang dorang nak, baik tak payah. itu yang aku fikir. along arep semu dah mula belajar, aqil pon malas-malas dia ada gak perubahan. tapi aku? tetap sama.

tak tahu la. banyak dah yang bising. dari ibu, kawan semua dah bising. sampai cikgu pon dah tak dapat buat apa. aku tetap macam ni. kau pokpek apa pun depan aku, tetap aku balas dengan muka sengal. aku malas nak melawan nanti aku melenting, kau juga yang sakit hati. sebab itu, aku mintak kau bagi aku sedikit ruang untuk aku perbetulkan salah aku. aku harap aku belom terlambat. harap.

i love you abah

kalau aku menangis maknanya aku betul-betul sedih dan nangis aku tuh teruk sangat yang sampai, kau sendiri tak boleh bayangkan. tapi sekarang tak, aku cepat nangis. aku cepat tacing, air mata aku ni senang senang je nak jatuh. kenapa eh?

sejak-sejak kejadian hari to, ye! kejadian yg bagi aku memang boleh nak salahkan aku seratus peratus. malas ingat. bila aku ingat, benda pertama muncul dalam kepala otak ni, muka abah. sejujurnya aku sayu gila tgk muka dia sekarang. cepat sgt terasa bila tgk dia. aku sendiri tak tahu.


jaga menjaga

nak jaga hati orang, tapi hati aku yang sakit! fuckk! bila dah macam ni, buat serabot kepala sendiri je wey. aku nak, tak kesah kan benda ni, tapi benda ni aku hadap hari-hari. susah derr! nak jaga hati yang sana, yang sini sakit. nak jaga hati yang sini, yang sana sakit. aku sendiri dah tak tahu nak buat apa. senang-senang biar aku yang bawak diri. korang teruskan berkawan. aku tahu korang saling sakit hati, tapi masing-masing tak tunjuk. yela, nak jaga hati kan. sudah la! aku di tengah ni dah tak tahu nak buat apa. serba salah jadinya. cuma yang perlu kau kau tahu, aku sayang kau kau. tolong jangan suruh aku buat pilihan, sbb aku akan pilih untuk tidak memilih.

selamat datang


lagi berapa hari 2009 akan pergi dan 2010 akan datang . pejam celik masa berlalu . hampir genap sudah setahun . macam cepat sangat pula . gua rasa tahun 2009 ni , tahun paling kejam .

tahun gua rasa macam nak bunuh diri . tahun gua banyak buat masalah . tahun gua berkrisis dengan keluarga gua . benci , 2009 tahun celaka . azam tahun 2009 gua tak capai lagi ! gua tak ingin nak capai azam tu lagi , sebab gua takut kalau azam tahun 2009 jadi badi tahun 2010 . gua tak nak ! gua dah penat dengan tahun 2009 . gua rasa macam haram , gua buat semua salah .

tahun 2010 , gua dah tak nak buat salah . mungkin , gua pun tak tahu . gua memang tiap tahun buat taik . tapi tahun 2010 gua tak nak buat taik macam tahun 2009 . menyusahkan ! gua dah tak nak dihina , dicaci , dipulai , diabai . gua nak yang baik-baik je . gua dah jadi senior ! gua kene bagi contoh yang baik , walaupon gua jahat . gua nak tahun 2010 datang dgn cepat , pergi dengan cepat .

tahun 2010 paling gua tunggu-tunggu , tahun akhir gua bersekolah . gua benci sekolah . sekolah macam haram , gua rasa macam duduk dalam kandang . lepas ni gua tak perlu dengar ibu gua berleter pagi-pagi sebab gua bangun lambat . gua tak perlu bagun pagi-pagi , gua penat . penat nak bangun pagi , sebab gua baru nak tidur dah kena pergi sekolah . gua nak bebas dari semua ni . cepat datang 2010 dan cepat pergi 2010 !

tahun 2010 juga gua nak belajar , gua dah SPM . dari form 1 sampai form 4 gua haram tak belajar . pergi sekolah macam pergi cari musuh . gua dah tak nak buat macam tu , gua nak belajar , gua nak masuk lim kok wing , tak pun uitm shah alam ! tapi bapak gua tak kasi , gua tak kesah . asalkan gua dapat masuk mana-mana tempat yang ada fashion design . harap-harap SPM tahun ni tak buat palat dengan gua .

tahun 2009 dah nak pergi , gua nak buang semua pahit-pahit kenangan tahun 2009 . gua nak amik manis-manis kenangan tahun 2009 bawa ke tahun 2010 . tahun 2010 gua tak nak sedih-sedih , gua nak gembira je . sebab tahun 2010 gua last pergi sekolah ! weyh 2010 , lu jangan buat taik dengan gua lak . gua merayu , bagi gua gembira setahun saja .

dunia sementara , mengejar masa itu pasti . selamat datang 2010 selamat pergi 2009 .
selamat tahun baru buat lu orang semua .

indah malam

malam ini indah
aku ditemani bulan dan bintang
bulan dan bintang menjadi kawan
menyerikan malam yang sunyi

aku menikmati keindahan malam
terasa tenang
terasa nyaman
leka dengan keindahan malam

nyalakan winston light sebatang
aku hembus asapnya
sebatang ke sebatang aku bakar
aku hayal menikmati keindahan bertemankan asap

malam ini sungguh indah
aku terbang jauh , termenung
meninkmati keindahan sehingga hayal
sedar-sedar azan subuh berkumandang