dua lauk

sabar aku ni tipis. jika dinosour purba boleh pupus ditelan bongkah-bongkah ais, sabar pon boleh beb! aku mula bosan! hidup aku telah tersisih adat. malam telah menjadi sepahit serbuk kopi untuk selama-lamanya. apa ada pada rutin siang aku? sekadar mengutip tiket percuma yang akan membawa aku ke satu konsert khayalan.

*diam. masa telah koma seketika*

tiada apa yang mampu aku katakan dari otak kecil aku ini. ya, apalah yang mampu aku fikirkan? tiap kali aku bangun, aku kutip tiga cawan kosong diatas meja makan dan letakkan ke dalam sinki dapur. dan tiap kali itulah nafas cemas dan tertekan yang terperam semalam beterbangan lega ke ruang udara seperti gas karbonat yang terburai keluar dari botol vanilla coke yang digoncang kuat.

harap-harap, bila tercabut paku-paku dalam rumah ni, aku telah cabut tiap zarah luka. hidup ni tidak banyak pilihan warna. mungkin semuanya telah ditakdirkan berwarna hitam. walaupon berparut, aku masih mahu hidup, kerja, makan dan cari pakwe baru mungkin? tuhan, mahukah kau tolong aku?

(!)

kau bukan orang asing dalam hidup aku, tapi kenapa tidak kau berterus terang saja? perlu ke kita hadap kehidupan sebegini? tolong la. jangan seksa aku macam ni. jangan biarkan aku hidup sendiri. apa kau tak rasa ke macam mana pedih hidup aku ini? kalau aku ada buat salah silap, kasi tahu la. bukan diam membisu. aku takkan tahu salah silap aku jika kau terus membisu. ada tahap aku boleh sabar, bila dah aku angkat kaki aku belaa, jangan ditanya kenapa. sejuk rasanya bila tiap malam berhujan. banyak dah benda aku simpan, tak tahu kat siapa nak diluahkan.

hny

semua mahu berazam bila tiba tahun baru. apasal? setakat cakap je tapi tak tunaikan, tak guna juga. sama macam aku juga. orang tanya apa azam, aku jawab. tapi buatnya tetap tidak. dan untuk tahun ini, aku berazam tidak mempunyai azam kerana azam tahun lepas masih belum tercapai dan impian aku adalah untuk menunaikan azam aku sehingga tercapai. apa azam tahun lepas? alaa, benda dah lepas jangan di kenang. haha

harap-harap 2011 tak secelaka 2010. selamat tahun baru.

erkk baru aku perasan, aku dah lambat satu hari.

senyuman akhir tahun

macam mana pun penampilan dan kepercayaan atau pegangan seseorang tu, kita masih lagi punya hati dan perasaan. walau seganas mana, atau sejahat mana pun kita aku yakin masih ada tersimpan satu ruang kosong untuk diisikan dengan sifat-sifat kemanusiaan yang wujud didunia ini. salah satunya, perasaan cinta :)

cinta to, boleh buat kita rasa lain, dan orang lain akan merasakan kita ni, bukan diri kita sendiri. aku ingat lagi masa tu ketika kami semua berkumpul dirumah dia, sambil meraikan kejayaan dia yang berjaya mempelajari resepi terbaru untuk kek home-madenya yang selalu diberikan kepada kami. hari tu, kami dibanjiri kek coklat yang bagi aku, adalah terbaik yang pernah aku makan tahun ni.

macam forrest gump cakap, hidup ni macam satu kotak coklat. kita tak akan tahu apa yang kita dapat. kadang-kadang rasa cinta to datang tanpa dapat kita halang boleh buat kita hidup tidak keruan. dan kita sendiri kadang-kadang tak mampu nak kawal keadaan diri kita sendiri. ibu kata aku anggau, haha.

punk rock pun ada jiwa, and i am in love. ewahhh <3

selamat tinggal

orang akan kehilangan sesuatu yang sangat bermakna bagi diri dan hidupnya, bila kehilangan peluang dan hak jika gagal atau terputus di tengah jalan dalam mencapai suatu tingkatan dalam sekolah. aku pernah rasa nak buat benda ni.

bagi aku sekolah sungguh bosan. terlalu banyak aturan, macam ni salah macam tu salah. tapi aku berjaya juga hadapi semua to. aku seorang anak sekolah yang mengenang perjuangan dari awal tahun hingga usai sekolah di akhir tahun. dan sekarang tugas aku sudah selesai.

esok aku akan bangun dalam kehidupan baru. ecehceh. dan aku tidak tahu, untuk teman-teman, apakah kita akan berjumpa lagi? jika kita berjumpa lagi, kita akan tersenyum. jadi, untuk terakhir kalinya, aku kasi tahu bahawa aku sangat sayang teman-teman aku.

harap kita tetap bersilaturrahim di lain hari. oh ohhhhh, i'm feeling glad. i got sunshine in a bag yooo. the future is coming on bebeh. muahaha.

betulkan kesilapan dari pengalaman

aku orang yang selalu tak punya sebarang rancangan. kebanyakkan benda yang aku lakukan, semuanya macam spontan je. kemana aku pergi, bersendirian atau berteman semuanya aku fikirkan masa aku nak keluar. tak perlu nak rancang dua atau tiga minggu sebelumnya, sebab aku risau kalau apa yang dirancangkan tak menjadi, atau tak menemui kejayaan.

jadi, dalam kebanyakkan masanya, aku biarkan keadaan yang menentukan apa yang perlu atau akan aku lakukan pada hari-hari biasa aku. dan, dalam kebanyakkan masanya, aku akan berjaya menempuh satu lagi hari untuk aku habiskan.

aku memang selalu tak peduli tentang banyak hal. aku kenal dengan diri aku. sebenarnya, aku masih lagi pedulikan semua to, cuma aku menafikannya sebab, aku tak nak fikir banyak. aku hanya risau, kalau aku bersendirian. dan bila dah bersendirian didalam keadaan sober, aku akan mudah memikirkan tentang banyak hal yang aku sendiri rasakan tak perlu nak difikirkan.

hidup aku, memang teruk. tiada perangcangan untuk masa hadapan. tapi kadang-kadang aku selasa hidup macam ni. kegilaan dalam memikirkan tentang masa hadapan atau manusia lain membuatkan aku terasa teruja dan selalu ingin duduk dan menghabiskan masa dengan sesiapa yang berada dalam keadaan mabuk dan sangat khayal.

aku penat memikirkan kondisi orang yang ada sama berdiri di bumi yang sama dengan aku. pemikiran mereka, jauh bejuta tahun kebelakang. aku sendiri tak boleh nak pastikan apakah penyebabnya atas alasan, manusia kebanyakkannya adalah tergolong dalam kelompok yang penuh dengan kelucuan dan keanehan yang tak mungkin dapat aku huraikan.

jelas, orang tua aku, mahu aku hidup mengikut satu acuan yang sama dengan mereka. aku tak boleh nak larikan diri aku untuk keluar dari acuan to, dan membuat acuan aku sendiri, mengikut kapasiti dan jisim aku sendiri. bagi aku, itu sangat membosankan. kehidupan yang telah teratur dan dirancangkan atau kehidupan yang penuh dengan aturan membosankan aku sama sekali.

sejak 3 tahun lepas lagi, aku sedaya mungkin menjauhkan diri aku dari kebanyakkan manusia agar aku dapat lari dari memasuki acuan yang telah ditetapkan kerana, bagi aku, aku dah miliki satu acuan yang baik untuk aku sendiri. biarpon acuan itu jauh tak sempurna seperti acuan mereka, tapi sekurang-kurangnya aku gembira dengan itu.

aku selalu gak mengingatkan diri aku bahawa kehidupan seperti itu, adalah sangat menjengkelkan dan memualkan dan aku sendiri seharusnya mencuba yang terbaik agar aku tak terjebak dengan semua kebodohan itu. tak ada arah tuju.

aku tahu, hidup ni sangat singkat dan aku sendiri yakin yang satu hari aku akan mati meninggalkan generasi yang mendatang meraikan kebosanan kehidupan ni. jadi, aku rasa tak selesa untuk ikut telunjuk mereka yang tak pernah dan tak akan faham diri aku. buat apa, kalau tuhan berikan aku hati, dan akal jika aku tak pernah nak gunakannya? sedih kot.

jujur, aku bukan sedih untuk apa. tapi untuk diri aku sendiri. aku bayangkan, yang aku akan terpaksa untuk menelan semua, dan menonton semua kebodohan yang aku percayakan sekarang. dan aku risau dalam masa yang sama, aku tak dapat selesa kalau aku terpaksa menjadi seseorang yang bukan diri aku. jadi, sekali lagi aku akan berada di pertengahan satu simpang yang merunsingkan aku.

keluarga atau diri aku? mana yang perlu aku pilih, sedangkan aku sangat memerlukan kedua-duanya untuk memastikan keseimbangan aku, di dalam hidup ini. dacing hidup aku, tak akan sempurna kalau aku terpaksa menolak salah satu dari pilihan tu. jadi aku rungsing! aku cuma mintak, kasi aku satu pengalaman untuk hidup aku sendiri. biarpon berjaya atau tidak. kadang-kadang pengalaman tu guru terbaik untuk kita belajar perbetulkan kesilapan yang dilakukan.

melihat hujan sebagai rahmat;
biar basah kuyup ia bukan beban
mencari sayang di dalam benci;
merendah diri, membuka hati
melihat gelas separuh penuh;
yang kosong itu mungkin kita perlu
mencari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan
sukarnya namun aku belajar
-wani ardy-

pepatung putih

dia cuma seekor helikopter kecil. kerana helikopter kecil tak pernah terbang pada setiap bunga. dia cuma lalu dan memandang pada sang bunga. namun, pada suatu hari dia terpikat pada bunga itu. bunga itu berduri, dia tak peduli. dia hanya tahu dia cuma suka pada bunga itu saja. dia akan jaga bunga itu. dia akan terus merindui bunga itu. dia akan percaya sampai bila-bila kerana seandainya dia jatuh nanti, dia hanya akan jatuh pada bunga itu saja. dan bunga itu adalah blog, helikopter kecil itu adalah aku, aku adalah seekor pepatung putih. hyee salam perkenalan :)