Pertama kalinya,



Dia tentu rasa sangat kecewa sekarang. Dia tahu kenapa aku diamkan diri dari dia. Dan aku pula terseksa melihat dia dalam  kedukaan. Aku ingat, dia pernah cakap yang dia kesal sepanjang hidup aku. Aku tak pernah tahu betapa sakitnya aku untuk ucap "aku mintak maaf" walaupon aku sendiri tahu itu salah aku. Mungkin salah aku?

hyee ;)

ada yang nak dikatakan, tapi bila tiba masa, semuanya hilang. dan makin lama makin kosong. kalau boleh, aku hanya mahu membawa cuma kamu. dan kita hidup seperti dulu. aku berharap benar aku dapat lihat wajah engkau dengan jelas.

dua lauk

sabar aku ni tipis. jika dinosour purba boleh pupus ditelan bongkah-bongkah ais, sabar pon boleh beb! aku mula bosan! hidup aku telah tersisih adat. malam telah menjadi sepahit serbuk kopi untuk selama-lamanya. apa ada pada rutin siang aku? sekadar mengutip tiket percuma yang akan membawa aku ke satu konsert khayalan.

*diam. masa telah koma seketika*

tiada apa yang mampu aku katakan dari otak kecil aku ini. ya, apalah yang mampu aku fikirkan? tiap kali aku bangun, aku kutip tiga cawan kosong diatas meja makan dan letakkan ke dalam sinki dapur. dan tiap kali itulah nafas cemas dan tertekan yang terperam semalam beterbangan lega ke ruang udara seperti gas karbonat yang terburai keluar dari botol vanilla coke yang digoncang kuat.

harap-harap, bila tercabut paku-paku dalam rumah ni, aku telah cabut tiap zarah luka. hidup ni tidak banyak pilihan warna. mungkin semuanya telah ditakdirkan berwarna hitam. walaupon berparut, aku masih mahu hidup, kerja, makan dan cari pakwe baru mungkin? tuhan, mahukah kau tolong aku?

(!)

kau bukan orang asing dalam hidup aku, tapi kenapa tidak kau berterus terang saja? perlu ke kita hadap kehidupan sebegini? tolong la. jangan seksa aku macam ni. jangan biarkan aku hidup sendiri. apa kau tak rasa ke macam mana pedih hidup aku ini? kalau aku ada buat salah silap, kasi tahu la. bukan diam membisu. aku takkan tahu salah silap aku jika kau terus membisu. ada tahap aku boleh sabar, bila dah aku angkat kaki aku belaa, jangan ditanya kenapa. sejuk rasanya bila tiap malam berhujan. banyak dah benda aku simpan, tak tahu kat siapa nak diluahkan.

hny

semua mahu berazam bila tiba tahun baru. apasal? setakat cakap je tapi tak tunaikan, tak guna juga. sama macam aku juga. orang tanya apa azam, aku jawab. tapi buatnya tetap tidak. dan untuk tahun ini, aku berazam tidak mempunyai azam kerana azam tahun lepas masih belum tercapai dan impian aku adalah untuk menunaikan azam aku sehingga tercapai. apa azam tahun lepas? alaa, benda dah lepas jangan di kenang. haha

harap-harap 2011 tak secelaka 2010. selamat tahun baru.

erkk baru aku perasan, aku dah lambat satu hari.

senyuman akhir tahun

macam mana pun penampilan dan kepercayaan atau pegangan seseorang tu, kita masih lagi punya hati dan perasaan. walau seganas mana, atau sejahat mana pun kita aku yakin masih ada tersimpan satu ruang kosong untuk diisikan dengan sifat-sifat kemanusiaan yang wujud didunia ini. salah satunya, perasaan cinta :)

cinta to, boleh buat kita rasa lain, dan orang lain akan merasakan kita ni, bukan diri kita sendiri. aku ingat lagi masa tu ketika kami semua berkumpul dirumah dia, sambil meraikan kejayaan dia yang berjaya mempelajari resepi terbaru untuk kek home-madenya yang selalu diberikan kepada kami. hari tu, kami dibanjiri kek coklat yang bagi aku, adalah terbaik yang pernah aku makan tahun ni.

macam forrest gump cakap, hidup ni macam satu kotak coklat. kita tak akan tahu apa yang kita dapat. kadang-kadang rasa cinta to datang tanpa dapat kita halang boleh buat kita hidup tidak keruan. dan kita sendiri kadang-kadang tak mampu nak kawal keadaan diri kita sendiri. ibu kata aku anggau, haha.

punk rock pun ada jiwa, and i am in love. ewahhh <3

selamat tinggal

orang akan kehilangan sesuatu yang sangat bermakna bagi diri dan hidupnya, bila kehilangan peluang dan hak jika gagal atau terputus di tengah jalan dalam mencapai suatu tingkatan dalam sekolah. aku pernah rasa nak buat benda ni.

bagi aku sekolah sungguh bosan. terlalu banyak aturan, macam ni salah macam tu salah. tapi aku berjaya juga hadapi semua to. aku seorang anak sekolah yang mengenang perjuangan dari awal tahun hingga usai sekolah di akhir tahun. dan sekarang tugas aku sudah selesai.

esok aku akan bangun dalam kehidupan baru. ecehceh. dan aku tidak tahu, untuk teman-teman, apakah kita akan berjumpa lagi? jika kita berjumpa lagi, kita akan tersenyum. jadi, untuk terakhir kalinya, aku kasi tahu bahawa aku sangat sayang teman-teman aku.

harap kita tetap bersilaturrahim di lain hari. oh ohhhhh, i'm feeling glad. i got sunshine in a bag yooo. the future is coming on bebeh. muahaha.